...

Ini Blog Hairan!! bukan Blog Raihan...

HAIRANIAN`s

Saturday, March 12, 2011

HAIRAN! filem KRU meletop..

kini di panggung wayang..rugi x tgok tau..

1. Intro yg menarik dan latar tempat Goa sangat mengagumkan
2. Jalan cerita tidak membosankan; ada suspen/humor/drama
3. Syabas Stephen Rahman kerana watak Merong sangat berkesan
4. Babak Melayu lebih berkesan dari babak Inggeris/Melayu mix Inggeris
5. Adegan lawak Puteri China dgn dayang dan babak Bahasa Mandarin antara Merong ngan Laksamana sgt berkesan
6.Beberapa babak lawan pedang harus dipuji
7. Babak Taji dan Kemawas sgt sgt sgt MANTAP!

Filem keluaran KRU ini merupakan ‘turning point’ dlm perkembangan filem Melayu ke persada antarabangsa. Selepas P.Ramlee disangkakan industri filem Melayu telah gersang. Tapi nampaknya vacuum yang ada telah mula di penuhi oleh Hikayat Merong Mahawangsa. Syabas KRU. Andalah harapan Negara utk menaikan industri Filem Melayu ke zaman kegemilangannya. We are all proud of u.Bangga jd rakyat Malaysia..=D

kalau nk tau..

Produser filem itu, Norman Abdul Halim mendakwa sehingga kini pihaknya sudah menjual kepada banyak pihak mengenai hak edaran Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam bahasa Inggeris untuk versi antarabangsanya menggunakan judul The Malay Chronicles - Bloodlines. Khabarnya, lebih 72 negara termasuk di Perancis, United Kingdom, Jerman Russia dan beberapa negara Timur Tengah sudah berminat untuk mengedar filem itu. Jika benar ada pesanan dan tempahan daripada pengedar luar yang sudah tertarik pada filem itu sesudah ia menyertai promosi di Pasar Filem Eropah (EFM) di Berlin pada pertengahan bulan lalu, ia satu pencapaian yang cukup memberangsangkan untuk filem dari Malaysia.

Secara ringkas apa yang diketahui, filem itu menyentuh kisah pengembaraan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa, dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada abad ke 120 Masihi, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian, sementara di negara China, Dinasti Han ialah sebuah empayar yang kuat dan memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom membaik pulih kapal di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (sebuah tempat yang dikatakan terletak di utara Malaysia - kini bernama Kedah ) untuk berkahwin dengan Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan

Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...