...

Ini Blog Hairan!! bukan Blog Raihan...

HAIRANIAN`s

Friday, March 25, 2011

Hairan!! tips temuduga MARA


assalamualaikum dan selamat sejahtera..hari ni saya nk kongsikan beberapa tips utk menghadapi temuduga MARA..hopefully kawan2 yg nak pergi interview ni dan termasuk penulis sendiri sebenarnya akan lebih yakin utk ditemuduga..firstly,untuk pengetahuan semua,temuduga ini akan berlangsung lebih kurang 20 minit dan anda akan ditemuduga oleh dua orang interviewer secara individu..iaitu anda sorg dan mereka berdua..so..rujuk la bawah ni..

1 - BAWA KELAINAN
Mesti ramai tengah chuak sekarang, apa benda yang nak dipersediakan?? Secara frantically, it's all depend on what course are you planning to enroll. Contohnya, bidang medic. Of course la you all kena prepare soalan-soalan berbentuk medik untuk ditanya.
Satu tips penting untuk anda semua, cuba fikirkan untuk membawa satu kelainan dalam temuduga anda nanti. Kelainan yang saya maksudkan bukanlah dari segi pakaian mahupun tingkahlaku (dua menda ni adalah ETIKA ketika ditemuduga, fail pakaian@tingkahlaku, fail lah temuduga anda). Kelainan tersebut adalah apa yang membezakan anda dengan calon-calon lain.
Sebagai contoh, saya dahulu interview untuk program Medic Russia. Maka satu kelainan yang saya tonjolkan, adalah dengan menghafal maklumat mengenai negara Russia! Benar, tak tipu! Saya ketika itu mengetahui tentang sejarah penubuhan soviet, tokoh2 russian federation hatta topography negara tersebut!
Satu lagi kelainan yang saya bawa ketika interview saya tu, adalah mengenai bidang medic. Untuk pengetahuan semua, medic bukanlah pilihan utama saya. Engineering menjadi first choice saya dalam borang ketika itu. So, kena la satu soalan maut dalam interview itu, "Awak tulis dalam ni first choice awak engineering. Kenapa awak rasa kami patut beri kepada anda biasiswa untuk medic pula?"

Apabila kena soalan maut, jangan cepat panik. Diam dahulu, berfikir jawapan yang paling sesuai, yang tidak menampakkan kelemahan ataupun kebodohan kita. Antara jawapan yang bodoh untuk soalan sebegini "Entah..saya tak tahu." "Eh, tak terfikir la pulak" "Saya berserah je. Kalau dapat medic, saya jadi doctor. Kalau dapat engineering, saya jadi engineer". Etc etc.

So jawapan yang saya beri ketika interview saya dahulu adalah,

"Saya mempunyai matlamat jangka masa panjang saya sendiri. Saya sebenarnya ingin menceburkan diri dalam sebuah bidang sains yang baru iaitu nanoteknologi. Memandangkan bidang ini masih baru sangat, maka saya merasakan adalah lebih sesuai saya menjadikan sama ada bidang medic atau engineering sebagai batu loncatan, memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam bidang nano tersebut."

Lihat, satu lagi kelainan saya bawa ketika di interview.



2 - SIKAP DAN TINGKAHLAKU

Anda kena ingat, tujuan interview sebenarnya adalah bukan untuk anda calon, tetapi untuk para penemuduga. Interview merupakan satu kaedah yang digunakan pihak penaja untuk menilai anda. Sekiranya penaja beranggapan mereka nak ambil pelajar yang terbaik mengikut keputusan SPM, maka sudah tentu habis semua tempat pengajian diborong oleh belasan ribu pelajar 11 dan 10A~!

So the point is, penemuduga yang akan evaluate anda. Secara total. Dan segalanya bermula dari langkah pertama anda di dalam bilik penemuduga lagi.

Macam saya bagitau kat atas tu, PAKAIAN dan TINGKAHLAKU adalah sebahagian dari syarat sah temuduga. Tak lulus benda ni, terbatallah temuduga anda (bukan secara literal ye..)

Pakaian - cam biasa untuk lelaki, pakai kemeja dan/atau berkot. Orang pernah warning, tengok interviewer camne. Kalau interviewer pakai kot, then pakai kot gak. Kalau dia tak pakai kot, jangan lawan tokey. Saya tak tahu la betul ke tak, tapi time saya dulu saya berkot, n salah seorang penemuduga saya pakai t-shirt biasa je... Agak-agak apa la yg saya kena pakai sepatutnya ek kalau camni?
Justeru, ikut penilaian masing-masing. Tapi mestilah menampakkan karisma yang tinggi, imej yang kemas dan penampilan yang mampu membawa satu macam keyakinan di mata interviewer.

Ni adalah tatatertib yang saya cadangkan. Terpulang pada masing2 untuk modify.

Di luar bilik temuduga, ketuk sebelum masuk. Tunggu sekejap sampai arahan masuk diberi, baru masuk. Kalau arahan tak diberi, jangan gatal ketuk lagi kuat. Ketuk sekali lagi cam biasa.

Dah bukak pintu, berhenti sejenak di muka pintu, pandang dan senyum (dengan ikhlasnya) kepada interviewer. Beri salam kepada interviewer muslim dan/atau ucap selamat kepada yg bukan muslim. Duduk hanya apabila disuruh duduk. Sesudah duduk, jangan alihkan kerusi yang diletak. Ada sesetengah keadaan, kerusi diletak sejauh satu meter dari meja penemuduga, agar mereka boleh melihat segenap pelusuk diri dan perbuatan anda. Jangan letak fail@portfolio anda di atas meja diorang, letakkan di atas riba anda dan duduklah seperti pengantin... dan interview anda pun bermula.

Antara yang pantang dibuat pula adalah,
- berlagak samseng. Sungguhpun kalau benar la anda ketua samseng di kampung@mrsm anda, tak payahla berlagak samseng kat depan interviewer. Anggaplah anda ni khadam yang hina..hehe. Beri salam dengan penuh sopan santun, langkah yang lembut, dan senyumlah selalu...
- merendah2kan soalan interviewer. "Ala...senang je nih.." "Dah agak dah soalan ni.."
- mempersoalkan kebijaksanaan interviewer. "Encik tahu kan, sekarang ni kalau kat matriks nak jadi doctor kena dapat 4 flat?" Macam la dia tak tahu. Ayat yang lebih sesuai "Sepertimana yang diketahui, bagi meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran dari peringkat matriks...blablabla"
- merasuah interviewer. of course tak boleh.....




3 - KETIKA INTERVIEW

Saya percaya soalan pertama yang akan ditanya oleh interviewer adalah: "Tell me about yourself". Kira memang soalan skema la nih. Tetapi, jangan anda bagi jawapan yang skema gak! Diorang interviewer dah bosan dengan jawapan2 skema ni!!

Macam saya kata awal2 tu, bawa kelainan. Instead of jawapan anda "Saya dilahirkan di kedah. Ayah saya seorang pegawai. Saya ada 4 orang adik beradik. etc. etc.", cuba ubah sket sintaks ayat anda tu. Jangan guna banyak sangat nada@tone sedih untuk meraih simpati, sebaliknya guna ayat2 yang mempromote diri anda. contoh ayat yang saya gunakan dulu,

"menjadi Biro Kebudayaan BWP ketika di mrsm dahulu sedikit sebanyak mendedahkan diri saya ke arah kepimpinan professional. Sungguhpun ketika itu saya turut terlibat dalam posisi lain, seperti Presiden Kelab Catur, Setiausaha Persatuan Silat Gayung dan sebagainya, saya mampu membahagikan masa saya dengan efisien. Ini terbukti dengan keputusan peperiksaan saya yang sentiasa konsisten"

Kan lagi best dari "Saya pernah menjawat jawatan BWP, Pres Kelab Catur, S/U Silat..."

Ketika diinterview, anda akan dapati interviewer akan cuba membuat eye contact dengan anda. Jangan elak eye contact! Eye contact adalah antara methode yang digunakan penilai untuk menilai anda. Kalau anda sendiri tidak mahu dinilai, bagaimana diorang nak evaluate awak! Sebaliknya, lihat kembali dalam mata diorang. Bukannya tenung seorang, tapi bergilir-gilir la...karang dia ingat awak ada dendam dengan dia pulak.

Antara masa yang dibolehkan untuk anda 'masuk bakul, angkat sendiri', adalah ketika diinterview. Tapi anda harus ingat, terlalu banyak kelebihan diri anda yang anda tonjolkan secara tak langsung mendedahkan lebih banyak kelemahan anda! Sebagai contoh, antara dialog ketika interview saya dulu adalah,

"Medic ni bukan bidang yang mudah. Anda kena study je...korbankan masa lapang awak, waktu bersosial awak dan sebagainya. Apa pandangan awak?"

"Saya sangat produktif apabila bekerja bersendirian. Dengan cara itu, saya mampu menumpukan sepenuh fokus saya kepada study saya. Sepanjang pengajian saya di MRSM juga, saya jarang bersosial melainkan dengan mereka yang betul-betul rapat dengan saya." - saya blur ketika ini, so inilah jawapan merapu yang saya bagi...

"Tapi awak kena ingat, menjadi doktor juga memerlukan anda untuk bersosial. Anda akan mengubati pelbagai jenis pesakit, yang anda suka, yang anda benci. Bagaimana anda nak emerge dalam masyarakat kalau anda tak suka bersosial?" - soalan maut, death trap question.

"Saya sedar, sebagai seorang doktor memerlukan saya untuk bersosial. Saya juga merupakan seorang yang fleksibel, saya mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan saya ditempatkan. Pencapaian saya di MRSM yang cemerlang sejak dari tingkatan satu lagi membuktikan betapa pencapaian saya tidak dipengaruhi oleh keadaan. Selain itu, sungguhpun saya tidak suka bersosial, tetapi saya tidak mendiskriminasikan masyarakat. Tak kiralah yang datang itu seorang yang berdosa, atau seorang yang mulia, saya tetap akan melayan mereka dengan layanan yang sama - sebagai seorang pesakit".

Jangan bagi jawapan sekadar untuk melepaskan diri. Sebaliknya, dalam setiap jawapan yang kita berikan, sebaiknya mempunyai beberapa ciri:
- Ada point. Jangan bagi jawapan merapu...
- Menjawab soalan. Jangan dibiarkan soalan tergantung tak terjawab.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...