...

Ini Blog Hairan!! bukan Blog Raihan...

HAIRANIAN`s

Saturday, June 25, 2011

Hairan!syurga isteri di bawah telapak kaki suami?



Cuba perhatikan tapak kaki ini betul2..nampak tak?


Assalamualaikum bro n sis..selami jiwa,selami akal,selami lautan dalam..hari ni ak rasa macam nak berkongsi sedikit ilmu ukhrawi la..kebiasaannya kita dgr syurga anak di bawah telapak kaki ibu kan?..sekarang kita nak cakap pasal syurga di bwh telapak kaki suami pulak..dulu time kecik2 mesti ada yg tertanya2 kenapa syurga di bawah telapak kaki?kan tak mulia gitu..sebenarnya apa yg tersirat di sebalik ayat tersebut ialah perlunya ketaatan anak2 atau isteri2 kepada ibu2 n suami2..tak kira la tapak kaki berkulat atau berkudis sekalipon..=D

Firman ALLAH swt. yg bermaksud: " Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka" ( al-Nisa :34)

Dalam ayat ini menyatakan berkaitan dengan Isteri Solehah. Ada beberapa ciri-ciri isteri solehah yang sememangnya dijanjikan Syurga. 

1) Mentauhidkan Allah  
    - mengabdikan diri hanya kpd NYA.
2) Tunduk kpd perintah Allah 
    - taat dgn melakukan ibadah (solat, puasa, sedekah dll)
3) Amal Makruf Nahi Mungkar  
   - tinggalkan segala larangannya
4) Sentiasa bertaubat kpd Allah
    lisannya dipenuhi istighfar & zikir
5) Taat kpd suami
    melaksanakan hak-hak suami.
6) Menjaga dirinya ketika suami tidak berada disisinya  
    - jaga kehormatan, mata dan telinga
7) Penuh kasih sayang  
    - kpd suami, anak2, ibu bapa, saudara & mencari maafnya
8) Melayani suaminya  
    - menyiapkan makan minumnya, tmpt tidur, pakaian dll
9) Menjaga rahsia-rahsia suaminya 
     - berkenaan hubungan intim dia & suaminya.
10) Berpenampilan menarik 
     - dihadapan suami supaya senang mata memandang
11) Sentiasa mendapat keizinan suami 
      - walaupun hendak berpuasa
12) Pandai Bersyukur  
      - pemberian suami & tidak melupakan kebaikannya
13) Memenuhi ajakannya  
      - bersegera memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan.

Kepada saudara2 lelaki ku berdoalah agar dikurniakan isteri yg solehah..dan kepada saudara2 perempuan berdoalah agar menjadi isteri yg taat kepada Allah,suruhan agama dan suami..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...